GrahamsBloggerNovelTemplate

2.7.4.3 Masalah Menggunakan Sistem

Selepas berjaya login, anda akan diberikan shell prompt (seperti # , % atau $). Sekiranya terdapat masalah seperti "You don't exist, go away", maka terdapat masalah dalam authenticate. Kaedah terbaik (dan paling senang) ialah memasang semula sistem Linux anda kerana terdapat fail corrupt dalam sistem anda.

Sekiranya sistem melaporkan "Shell init: permission denied". Ini menujukkan bahwa terdapat masalah file permission. Gunakan arahan chmod untuk mengubah file permission

# chmod 755 /

Ini akan mengatasi masalah tersebut.

Jika X Windows gagal dimulakan (berkelip-kelip misalnya), sila pastikan anda telah membuat konfigurasi X Windows dengan betul. Sekiranya default runlevel ialah 5 iaitu X Windows (selepas boot, X Windows akan dimulakan), anda perlulah boot kepada single user (init 1) sebelum dapat menggunakan virtual consoles. Ini dilakukan dengan memberikan parameter boot berikut

LILO: linux single

Setelah berjaya boot, sila lihat fail /var/log/messages seperti arahan

bash# more /var/log/messages

lihat jika ada mesej seperti "can't load libXXX.so: no such file or directory". Jika ada, taip arahan ldconfig untuk update library.

bash#ldconfig

bash#

Masalah ini kebanyakannya timbul dikalangan pengguna X Windows versi 11 Release 6.3 (Red Hat 6.0).

2.7.4.2 Masalah Login

Selepas Linux berjaya boot, anda mungkin akan mendapat login prompt seprti ini

linux login:

Pada masa ini, anda bolehlah login menggunakan akaun root atau normal user. Untuk kebanyakan pengedaran yang lama akaun root hanya dibuat setelah selesai pemasangan dan tanpa password. Ini adalah satu keadaan yang berbahaya dan dicadangkan agar anda membina password dengan segera. Untuk membina dan menukar password, rujuk seksyen 3.5. Kebanyakan pengedaran terkini tidak menghadapi masalah ini.

2.7.4.1 Masalah boot

Anda telah menghabiskan masa satu hari untuk memasang Linux. Untuk menyediakan ruang yang mencukupi, anda telah membuang MS-Windows, games kesayangan anda dan salinan-salinan fail yang penting. Setelah reboot, malangnya tiada apa yang terjadi. Atau lebih teruk, sesuatu berlaku tetapi bukan yang sepatutnya. Di sini disenaraikan masalah-masalah yang sering berlaku selepas memasang Linux.

a)Boot menggunakan floppy

Ini adalah masalah yang sering berlaku jika anda tidak menggunakan LILO. Sesetengah boot floppy memerlukan parameter khas untuk boot. Contonhya

boot: linux root=/dev/hda2

Ini menunjukkan bahawa partition / anda berada pada /dev/hda2

Untuk membolehkan single user (safe mode). Gunakan parameter ini:

boot: linux root=/dev/hda2 single

Linux akan boot kepada initlevel 1.

b)Boot menggunakan harddisk

Sekiranya anda memilih untuk memasang LILO, anda boleh boot dari harddisk. Akan tetapi, terdapat beberapa situasi anda terpaksa menambah beberapa parameter boot secara manual. Di sini disenaraikan beberapa masalah boot dari harddisk

i)Sistem melaporkan error "Drive not bootable--Please insert system disk". Anda akan mendapat error ini jika tiada partition diset aktif atau master boot record corrupt. Untuk mengatasinya,guna Linux fdisk atau MS-DOS FDISK untuk aktifkan satu partition atau bagi pengguna MS-DOS 5.0 keatas gunakan arahan FDISK /MBR. Ini akan menyebabkan LILO terpadam. Oleh itu, gunakan Linux floppy bootdisk untuk menulis semula LILO, menggunakan arahan lilo.

Masalah ini juga timbul jika anda membina partition MS-DOS menggunakan Linux fdisk atau sebaliknya. Oleh itu, jangan sekali-kali membina partition Linux dengan MS-DOS FDISK.

Selain itu, masalah ini disebabkan oleh pemasangan LILO yang gagal. Gunakan Linux floppy bootdisk dan lakasnakan arahan lilo untuk membaikinya.

ii)Sistem operasi lain yang dimulakan dan bukannya LILO, contonhya MS-Windows start bukannya LILO. Pertama sekali, anda mesti pastikan bahawa anda telah memasan LILO. Sekiranya anda telah memasng dengan betul, anda perlu tahu bahawa MS-Windows akan overwrite LILO semasa pemasangannya. Atau anda mungkin telah membuat konfigurasi supaya sistem operasi lain boot secara default.

2.7.3 Masalah semasa pemasangan perisian.

  1. Sistem memberitahu "file not found","read error" atau sebarang error lain seumpamanya. Ini menunjukkan bahawa medium pemasangan anda seperti CD-ROM rosak atau perlu dibersihkan. Sekiranya anda menggunakan floppy, lebih baik anda menyalinnya pada harddisk terlebih dahulu sebelum memulakan proses pemasangan.
  2. Sistem memberitahu "tar:read error","gzip:not in gzip format", "error:file does not appear as RPM package" atau error lain seumpamanya. Ini menunjukkan bahawa fail pemasangan sudah rosak/corrupt. Jika CD-ROM sebgai medium pemasangan, guna/cari CD-ROM lain. Sekiranya fail tersebut adalah download dari internet, sila download semula. Pastikan mod download bagi ftp ialah binari bukannya teks.
  3. Sistem memberitahu error seperti "device full". Ini jelas menunjukkan bahawa anda telah kehabisan free space. Kebanyakan packager moden mampu mengatasi masalah ini. Walaubagaimanapun, sekiranya ini terjadi, anda terpaksa mengubah partition anda dan bina filesystem semula (fdisk dan mke2fs).
  4. Sistem melaporkan error seperti "read_intr: 0x10". Ini menunjukkan bahawa terdapat bad sector pada harddisk anda. Sekiranya masalah ini timbul semasa mkswap atau mke2fs, maka sistem mungkin akan mengalami masalah untuk akses perkakasan tersebut. Masalah ini mungkin juga timbul kerana kesilapan parameter boot (kebanyakannya untuk SCSI drives) atau kesilapan geometri harddisk dalam BIOS CMOS.
  5. Sistem melaporkan error seperti "file not found" atau "permission denied". Ini berlaku apabila ada fail hilang atau bugs dalam packager. Kebanyakan bugs ini sudah dihapuskan dalam packager moden.

2.7.2 Masalah perkakasan

Antara masalah dan kelemahan Linux ialah sokongan dan keserasian perkakasan. Sekiranya anda menjangka bahawa terdapat masalah perkakasan, perkara pertama yang perlu anda buat ialah mengasingkan punca masalah. Ini dilakukan dengan membuang semua add-on card,harddisk dan CD-ROM bagi mereka yang menggunakan floppy sebagai medium boot. Mulakan tambahan perkakasan satu demi satu sehingga Linux "hangs". Contohnya Linux "hangs" apabila kad ethernet ditambah. Ini mungkin disebabkan oleh konflik IRQ atau DMA. Sekiranya anda mempunyai MS-Windows, perhatikan dalam Setting -> Control Panel -> Systems. Anda akan melihat tanda amaran jika perkakasan tersebut tidak berfungsi. Jika ada, anda perlulah mengubah setting dalam CMOS BIOS untuk menyediakan IRQ atau DMA yang mencukupi. Jika tidak, perkakasan anda mungkin masih belum disokong oleh Linux. Oleh itu, anda mungkin terpaksa menunggu sehingga pengeluar perkakasan tersebut mengeluarkan driver untuk Linux :

Sekiranya Linux gagal mengenalpasti harddisk anda seperti mesej

.......
Partition check:
hda: hda1 hda2
hdb: hdb1 hdb2 hdb3
.......

semasa boot, sedangkan anda mempunyai tiga harddisk (sepatutnya ada hdc) maka anda tidak akan dapat mencapainya dengan apa cara sekalipun.Punca-puncanya ialah:

  1. Drive atau Drive Controller tidak disokong oleh Linux. Ini dapat dikesan dengan melihat mesej seprti di atas.
  2. Drive atau Drive Controller tidak dikonfigurasi secara betul. Sekalipun ianya disokong oleh Linux, konfigurasi yang salah boleh menyebabkan ia tidak berfungsi. Masalah ini kebanyakannya dialami oleh pemilik SCSI drives.
  3. Drive Controller telah dikonfigurasi dengan betul tetapi tidak dikesan oleh Linux. Sila berikan parameter boot yang sesuai untuk membolehkan Linux mengesannya. Masalah ini juga hanya dialami oleh pemilik SCSI drives.
  4. Geometri Harddisk tidak dapat ditentukan. Ini disebabkan oleh sesetengah BIOS yang tidak menyimpan maklumat geometri harddisk seperti komputer IBM PS/ValuePoint. Untuk mengatasinya, sial berikan parameter berikut
boot: linux hd=C,H,S
dimana C= bilangan cylinder, H=bilangan Head dan S=bilangan Sector

2.7.1 Masalah semasa boot medium pemasangan

  1. Floppy drive gagal boot. Ini kemungkinan besar disebabkan oleh kerosakan fizikal disket atau data di dalamnya rosak. Dalam kebanyakan kes, anda hanya perlu membina semula bootdisk samaada dengan menggunakan arahan RAWRITE bagi MS-DOS atau dd bagi Linux.
  2. Anda berjaya boot tetapi Linux "hang". Selalunya selepas kernel loading, anda dapat melihat mesej-mesej yang dipaparkan mengenai perkakasan-perkakasan yang berjaya dikesan. Proses ini bagaimanapun mungkin mengambil masa yang agak panjang bagi komputer lama. Oleh itu, sila pastikan bahawa tiada aktiviti IDE atau floppy untuk mengesahkan bahawa sistem telah "hang". Punca-punca Linux "hang" ialah:
    1. Jumlah RAM yang tidak mencukupi.

      Linux memerlukan sekurang-kurangnya 4MB RAM untuk berfungsi. Keperluan ini mungkin bertambah jika anda menjalankan pemasangan sistem dalam GUI.

    2. Masalah ketidakserasian perkakasan.
    3. Bugs dalam kernel. Ini boleh dikesan sekiranya anda mendapat mesej seperti
      unable to handle kernel paging request at address C0000010
      Oops: 0002
      EIP: 0010:XXXXXXXX
      eax: xxxxxxxx ebx: xxxxxxxx ecx: xxxxxxxx edx: xxxxxxxx
      esi: xxxxxxxx edi: xxxxxxxx ebp: xxxxxxxx
      ds: xxxx es: xxxx fs: xxxx gs: xxxx
      Pid: xx, process nr: xx
      xx xx xx xx xx xx xx xx xx xx

      Masalah ini boleh juga disebabkan kad memeori yang rosak. Jika anda telah menggunakan kernel yang terkini, sila laporkan bugs ini kepada Linux Kernel Developer di http:\\www.kernel.org

  3. Sistem melaporkan "out of memory" semasa boot sistem. Ini berkaitan dengan jumlah RAM anda. Sekiranya anda mempunyai kurang dari 4MB RAM, anda akan mengalami masalah. Ini kerana, kebanyakan pengedaran menggunakan ramdisk semasa pemasangan. Rujuk manual pengedaran anda untuk disable ramdisk.
  4. Sistem melaporkan "permission denied" atau "file not found". Ini menunjukkan bahawa, terdapat fail yang rosak atau hilang untuk pemasangan sistem. Sila hubungi pengedaran anda untuk mendapatkan salinan perisian atau download semula dari internet.
  5. Sistem melaporkan "VFS: Unable to mount root". Ini berlaku sekiranya partition root anda corrupt atau tiada. Ini juga berlaku jika medium boot anda rosak atau parameternya silap. Bagi pemasangan dengan CD-ROM, anda mungkin mengalami masalh ketidakserasian CD-ROM drive. Masalah ini kebanyakannya adalah untuk sistem komputer yang lama sahaja (seperti 386, 486 dan Pentium 75MHz). Sebelum memilih untuk boot dengan media pemasangan lain seprti floppy, pastikan bahawa anda telah menggunakan medium boot secara betul.

2.6.9 Prosedur Selepas Pemasangan

Selepas sistem reboot, sesetengah pengedaran memerelukan anda mebina akaun user. Anda disyorkan untuk untuk menggunakan sistem sebagai user biasa dan gunakan arahan su untuk beralih kepada super user (root) bagi menjalankan perisian/arahan tertentu. Bagi pengguna Red Hat, gunakan arahan setup untuk membuat konfigurasi mouse, soundcard, system services dsb.

bash#setup
Jika anda berada pada X Windows selepas boot. Anda boleh menggunakan X Terminal Emulator (xterm) untuk menjalankan rahan-arahan ini. Anda juga boleh beralih kepada Virtual Console (VC) dengan menekan , ..... Untuk kembali kepada X Windows tekan ALT+F7. Keterangan lanjut mengenai VC boleh di dapati pada seksyen 3.2

2.6.8 Prosedur Pemasangan Tambahan

Semasa pemasangan perisian, anda mungkin dikehendaki untuk melaksanakan konfigurasi X Windows (resolution, depth (color), video card dsb), TCP/IP networking (seperti PPP pasword, server dsb), LAN, soundcard dsb.

2.6.7 Membuat boot floppy dan Memasang LILO (LInux LOader)

Kebanyakan pengedaran memasang LILO secara automatik. Akan teatpi, kaedah paling selamt ialh membina boot floppy. Bagi pengguna Red Hat, anda juga boleh membina boot floppy dengan menggunakan arahan mkbootdisk.

bash# mkbootdisk 2.2.14-5.0
Insert a disk in /dev/fd0. Any information on the disk will be lost.
Press to continue or ^C to abort:

Masukkan floppy dan tekan ENTER.

Tip

"Membina boot floppy dan memastikannya dalam keadaan baik mampu mengelak anda dari kebanyakan masalah-masalah selepas pemasangan sistem."

2.6.6 Memasang perisian

Sekiranya anda memilih untuk memasang X Windows ( GUI inerface bagi Linux), kini terdapat 2 interface ( Window Manager) yang utama, menarik dan senag digunakan (terdapat banyak Window Manager lain bagi X Window tetapi kebanyakannya sukar digunakan) iaitu GNU Network Object Model Environment (GNOME) dan K Desktop Environment (KDE). Bagi mereka yang telah biasa dengan MS-Windows, mungkin KDE lebih senang diguna. Tetapi sekiranya anda inginkan kebebasan dan interface yang menarik, gunakan GNOME. Jika anda tidak mengalami masalah free space, disyorkan supaya anda memasang kedua-dua interface tersebut.

Bagi pengguna Red Hat pilih custom installation bagi memilih sendiri perisian yang ingin diguna. Gunakan sahaja nilai default jika anda mahu. Semua perisian ini boleh ditambah atau dibuang selepas pemasangan Linux.

2.6.5 Bina Linux filesystem

Linux filesystem juga dibina secara automatik. Selainnya, anda perlu gunakan arahan mke2fs untuk bina ext2, mkreiserfs untuk reiserfs dsb. Kebanaykan pengedaran masih menggunakn ext2, jadi default ialah bina ext2.

# mke2fs /dev/hda2
Arahan ini membina ext2 pada /dev/hda2

2.6.4 Bina Swap space

Kebanyakan pengedar mebina swap space automatik. Selainnya, anda perlu guna arahan mkswap (make swap)

# mkswap /dev/hda3

Arahan ini bermaksud bina swap space pada /dev/hda3. Rujuk manual mkswap untuk keterangan lanjut.

Untuk enable swap space, guna arahan swapon

# swapon /dev/hda3

2.6.3.1 Menggunakan fdisk

Untuk membina partition bagi drive primary master;

# fdisk /dev/hda

Command (m for help):

fdisk akan menunggu arahan anda.

Command (m for help): m
Command action
a toggle a bootable flag
b edit bsd disklabel
c toggle the dos compatibility flag
d delete a partition
l list known partition types
m print this menu
n add a new partition
o create a new empty DOS partition table
p print the partition table
q quit without saving changes
s create a new empty Sun disklabel
t change a partition's system id
u change display/entry units
v verify the partition table
w write table to disk and exit
x extra functionality (experts only)

Command (m for help):

Arahan n digunakan untuk membina partition baru. Kebanyakan option lain anda boleh abaikan. Untuk keluar fdisk tanpa melaksanakan segala perubahan, taip arahan q. Sebaliknya, taip arahan w.

Perkara pertama yang mesti anda lakukan ialah melihat partition semasa dengan menaip arahan p.

Command (m for help): p
Disk /dev/hda: 16 heads, 38 sectors, 683 cylinders
Units = cylinders of 608 * 512 bytes
Device Boot Begin Start End Blocks Id System
/dev/hda1 * 1 1 203 61693 6 DOS 16-bit >=32M

Dalam contoh di atas, didapati hanya satu partition MS-DOS yang wujud pada /dev/hda dan mempunyai 61693 blocks (lebih kurang 60MB). Partition ini bermula pada cylinder 1 dan berakhir pada 203. Oloeh kerana terdapat 683 cylinder pada harddisk ini, hanya 480 cylinder yang tinggal untuk dijadikan partition Linux.

Untuk membina partition baru, taip n. Dalam contoh ini, 2 primary partition akan dibina.

Command (m for help): n
Command action
e extended
p primary partition (1-4)
p

Disini fdisk akan bertanya mengenai partition yang ingin dibina samaada primary atau extended.

Awas!

"MS-DOS hanya boleh mempunyai 1 primary dan 1 extended, Linux boleh mempunyai 3 primary, 1 extended atau 4 primary tanpa extended".

Partition number (1-4):

fdisk akan bertanya mengenai nombor partition yang ingin dibina. Dalam kes ini tekan 2.

Partition number (1-4): 2
First cylinder (204-683, default 204):

Tekan untuk default value.

Last cylinder or +size or +sizeM or +sizeK (204-683, default 683):

Sekiranya anda tekan , anda hanya dapat membina 1 partition sahaja. Oleh itu nyatakan saiznya.

Last cylinder or +size or +sizeM or +sizeK (204-683): +80M

Di sini, kita nyatakan untuk membina partition bersaiz 80MB. Linux fdisk akan membuat pengahampiran kepada nilai cylinder terdekat.

Untuk membuat demonstrasi, kita akan membina partition seterusnya bersaiz 10MB

Command (m for help): n
Command action
e extended
p primary partition (1-4)
p
Partition number (1-4): 3
First cylinder (474-683): 474
Last cylinder or +size or +sizeM or +sizeK (474-683): +10M

Akhir sekali, untuk paparkan partition table taip p.

Command (m for help): p
Disk /dev/hda: 16 heads, 38 sectors, 683 cylinders
Units = cylinders of 608 * 512 bytes
Device Boot Begin Start End Blocks Id System
/dev/hda1 * 1 1 203 61693 6 DOS 16-bit >=32M
/dev/hda2 204 204 473 82080 81 Linux
/dev/hda3 474 474 507 10336 81 Linux

Perhatikan bahawa masih terdapat free space pada partition anda kerana cylinder terakhir dalm partition table ialah 507. Anda boleh biarkannya untuk kegunaan akan datang atau ubah partition anda dengan membina semula partition Linux.

Command (m for help): d
Partition number (1-3): 3
Command (m for help): p
Disk /dev/hda: 16 heads, 38 sectors, 683 cylinders
Units = cylinders of 608 * 512 bytes
Device Boot Begin Start End Blocks Id System
/dev/hda1 * 1 1 203 61693 6 DOS 16-bit >=32M
/dev/hda2 204 204 473 82080 81 Linux
/dev/hda3 474 474 507 10336 81 Linux


Command (m for help): d
Partition number (1-2): 2
Command (m for help): p
Disk /dev/hda: 16 heads, 38 sectors, 683 cylinders
Units = cylinders of 608 * 512 bytes
Device Boot Begin Start End Blocks Id System
/dev/hda1 * 1 1 203 61693 6 DOS 16-bit >=32M

Ulang semula langkah awal tadi tetapi pastikan partition terakhir berakhir dengan cylinder 683. Ini boleh dilakukan dengan menekan untuk saiz partition akhir.

Untuk menjadikan mengubah jenis partition (Linux kepada Linux swap), tekan t.

Command (m for help): t
Partition number (1-7): 7
Hex code (type L to list codes):

Tekan L untuk melihat list kod

Hex code (type L to list codes): l

0 Empty 17 Hidden HPFS/NTF 5c Priam Edisk a6 OpenBSD
1 FAT12 18 AST Windows swa 61 SpeedStor a7 NeXTSTEP
2 XENIX root 1b Hidden Win95 FA 63 GNU HURD or Sys b7 BSDI fs
3 XENIX usr 1c Hidden Win95 FA 64 Novell Netware b8 BSDI swap
4 FAT16 <32M 1e Hidden Win95 FA 65 Novell Netware c1 DRDOS/sec (FAT-
5 Extended 24 NEC DOS 70 DiskSecure Mult c4 DRDOS/sec (FAT-
6 FAT16 3c PartitionMagic 75 PC/IX c6 DRDOS/sec (FAT-
7 HPFS/NTFS 40 Venix 80286 80 Old Minix c7 Syrinx
8 AIX 41 PPC PReP Boot 81 Minix / old Lin db CP/M / CTOS / .
9 AIX bootable 42 SFS 82 Linux swap e1 DOS access
a OS/2 Boot Manag 4d QNX4.x 83 Linux e3 DOS R/O
b Win95 FAT32 4e QNX4.x 2nd part 84 OS/2 hidden C: e4 SpeedStor
c Win95 FAT32 (LB 4f QNX4.x 3rd part 85 Linux extended eb BeOS fs
e Win95 FAT16 (LB 50 OnTrack DM 86 NTFS volume set f1 SpeedStor
f Win95 Ext'd (LB 51 OnTrack DM6 Aux 87 NTFS volume set f4 SpeedStor
10 OPUS 52 CP/M 93 Amoeba f2 DOS secondary
11 Hidden FAT12 53 OnTrack DM6 Aux 94 Amoeba BBT fd Linux raid auto
12 Compaq diagnost 54 OnTrackDM6 a0 IBM Thinkpad hi fe LANstep
14 Hidden FAT16 <3 55 EZ-Drive a5 BSD/386 ff BBT
16 Hidden FAT16 56 Golden Bow
Hex code (type L to list codes):

Disini kita telah mengubah partition 3 kepada Linux swap.

Tekan w untuk melaksanakn perubahan

Command (m for help): w
#
Sila ambil perhatian bahawa anda boleh melakasanakan sebarang perubahan dalam fdisk dengan pelbagai nilai dan hanya nilai perubahan yang terakhir akan dikira sebagai konfigurasi yang sah. Walaubagaimanapun, kesemua perubahan ini hilang jika anda taip arahan q.

2.6.3 Membina Partition Linux

Bagi kebanyakan pengedar terkini seprti Red Hat, Mandrake dan Caldera, pembinaan partition adalah secara GUI graphical. Selainnya, anda dikehendaki menggunakan Linux fdisk.

2.6.2 Drive dan partition dalam Linux

Kebanyakan pengedaran Linux memerlukan anda membina sendiri partition Linux. Selainnya akan membina partition secara automatik semasa pemasangan perisian. Oleh itu, anda perlu tahu tentang penamaan drive dan partition dalam Linux. Dalam MS-DOS, setiap drives atau partition diberi drive letter (Contohnya A:,C:,D: dan seterusnya). Dalam Linux, konvensyan penamaannya berbeza.

Device driver yang boleh dijumpai dalam direktori /dev digunakan oleh perkakasan untuk berkomunikasi dengan sistem operasi Linux. Contohnya, jika anda mempunyai mouse, anda boleh mencapainya dari /dev/mouse. Begitu juga dengan drives dan partition. Bagi drives dan partition IDE, ianya ditulis sebagai /dev/hdXn (X=a,b,c.. dan n=1,2,3..). Ini bermakna setiap perkakasan IDE akan diwakilkan kepada abjad yang berbeza.Contohnya ialah primary master IDE ditulis sebagai /dev/hda. Primary slave pula ditulis sebagai /dev/hdb. Berikutnya secondary master akan ditulis sebagai /dev/hdc dan secondary slave akan ditulis sebagai /dev/hdd . Bagi floppy drive A:, ianya ditulis /dev/fd0 dan bagi floppy drive B:, ianya ditulis /dev/fd1. Bagi partition, setiap satu akan diberikan nombor. Contohnya partition pertama pada /dev/hda ditulis sebagai /dev/hda1, partition kedua ditulis sebagai /dev/hda2 dan begitulah seterusnya. Berikut disertakan jadual tentang penamaan bagi beberapa perkakasan biasa


2.6.1 Boot Linux

Bagi pengedaran terkini, gunakan CD-ROM Linux sebagai medium boot. Selainnya, gunakan boot floppy. Selepas itu anda akan melihat prompt begini

boot:

Untuk boot tanpa parameter, tekan enter. Cuba kaedah ini dahulu sebelum memasukkan paramter lain. Contoh parameter-parameter yang dikenalpasti boleh dirujuk pada manual pengedaran Linux anda.

2.5 Partition Harddisk

Bagi pengguna yang telah mempunyai OS, sila buat fail backup. Terdapat dua kaedah utama untuk membina partition.

1) Partition dengan kehilangan data
Kaedah ini sesuai jika anda masih belum mempunyai sebarang OS atau bercadang memasang semula OS anda.
Pastikan anda telah membuat fail backup dan OS bootdisk (misalnya MS_Windows bootdisk). Gunakan disket tersebut sebagi boot. Kemudian, taip arahan untuk partition. Bagi pengguna MS-DOS/MS-Windows 9x, taip FDISK. Penggunaan FDISK adalah self-explanatory, tetapi sila rujuk MS-DOS manual untuk penerangan lanjut. Adalah dicadangkan agar anda hanya membuat satu partition MS-DOS dahulu. Partition MS-DOS lain akan dibuat setelah partition Linux dibuat.
2) Partition tanpa kehilangan data
Kaedah ini sesuai jika anda ingin mencuba Linux atau tidak mempunyai masa untuk memasang semula OS yang telah sedia ada. Walaubagaimanapun, kaedah ini agak sukar bagi beginner.
Pastikan anad telah membuat fail backup. Anda boleh memilih untuk menggunakan perisian seperti Partition Magic ataupun FIPS yang selalunya didatangkan bersama dengan CD-ROM Linux. Partition Magic adalah disyorkan bagi beginner. Kedua-dua perisian ini akan memecahkan free space pada hraddisk anda untuk membina partition baru. Oleh itu, sila pastikan free space anda mencukupi (1GB+ bagi full installation).

Tip

"Sekiranya anda memiliki harddisk yang besar, anda tidak semestinya membina partition untuk kesemuanya. Sebaliknya anda boleh membina partition untuk sebahagian harddisk sahaja. Ini kerana, apabila partition itu diperbesarkan, kebanyakan system administrator akan cuba memenuhinya sehingga dipenuhi oleh fail-fail yang tidak perlu. Jika keadaan memerlukan tambahan ruang kemudian nanti, anda bolehlah membina partition baru tanpa perlu berasa bimbang."


2.4.2 Kesimpulan

Sekiranya anda memilih untuk membina beberapa partition anda bolehlah merujuk anggaran dibawah ini. Sekiranya anda memilih untuk menyediakan dua partition (/ dan swapspace), anda hanya perlu jumlahkan saiz partition lain kepada saiz direktori parent (sebelumnya).

Contoh pertama, katakan anda ingin menyediakan 500MB untuk /home dan 100MB untuk /. Akan tetapi anda tidak mahu membuat partition baru untuk /home. Penyelesaiannya ialah anda perlu menjumlahkan saiz /home dengan direktori parent (dalam kes ini direktori parent ialah /). Oleh itu, saiz / ialah 100MB + 500MB = 600MB.

Contoh kedua ialah anda tidak mahu menyediakan /usr/local tetapi anda mahu membina partition untuk /usr bersaiz 1GB. Saiz yang anda ingin sediakan bagi /usr/local ialah 1GB. Oleh itu, saiz direktori parent (/usr dalam kes ini) perlulah bersaiz 1GB + 1GB = 2GB.

Ini adalah anggaran kasar dan tidak semestinya tepat 100%. Kegunaan biasa yang dimaksudkan ialah menggunakan Linux untuk edit fail, bermain games, melayari internet dsb. Server pula bermaksud komputer yang digunakan untuk melayan komputer-koputer bagi satu pejabat kecil atau sederhana (25-50 pengguna).

/

100MB keatas

/home

biasa 500MB+, server 2GB+

/var

biasa 200MB+, server 500MB+

/usr

1GB ke atas

/usr/local

bergantung kepada penggunaan (500MB+)

swap

50MB-64MB atau lebih bagi server

2.4.1 Penerangan mengenai fungsi setiap filesystem

/
Filesystem utama yang berada pada peringkat paling atas dalam FSSTND
Saiz biasa adalah dari 80MB keatas
/bin
Filesystem yang menyimpan fail binari (executable) asas untuk sistem berfungsi
Selalunya filesystem ini dibiarkan bersama /
/boot
Filesystem yang mengandungi kernel (fail binari yang mengawal segala fungsi perkakasan komputer)
Anda boleh memisahkan filesystem ini dari / jika anda mengalami kesukaran untuk boot. Saiz normal adalah lebih kurang 16MB
/dev
Filesystem ini mengandungi segala perkakasan yang disokong oleh Linux.
Selalunya filesystem ini dibiarkan bersama /
/etc
Filesystem ini mengandungi segala fail konfigurasi sistem.
Selalunya filesystem ini dibiarkan bersama /
/home
Filesystem ini menyimpan data-data pengguna. Contohnya /home/abu adalah direktori untuk Abu menyimpan segala fail-fail peribadinya. Sekiranya anda bercadang untuk membina sebuah pelayan web dan/atau ftp, pastikan saiz /home adalah lebih besar dari 2GB. Bagi kegunaan persendirian atau biasa saiz /home adalah 500MB ke atas.
/lib
Filesystem ini menyimpan fail library (dalam MS-Windows, ia disebut fail dll) asas untuk sistem berfungsi.
Selalunya filesystem ini dibiarkan bersama /
/mnt
Filesystem ini adalah tempat untuk mount partition atau harddisk asing. Contohnya CD-ROM, floppy, partition MS-Windows dsb.
Selalunya filesystem ini dibiarkan bersama /
/proc
Ini adalah virtual filesystem. Di sini terdapat maklumat mengenai sistem anda seperti IRQ, DMA, pemproses dan saiz memori.
Anda tidak perlu bina filesystem ini.
/root
Filesystem ini menyimpan fail-fail system administrator atau dikenali sebagai root dalam dunia UNIX/Linux.
Selalunya filesystem ini dibiarkan bersama /
/sbin
Filesystem ini menyimpan fail binari asas untuk pengurusan sistem. Contonya fdisk dan mount.
Selalunya filesystem ini dibiarkan bersama /
/tmp
file system untuk menyimpan fail sementara dan garbage file.
Anda boleh biarkan bersama / atau bina symbolic link pada /var/tmp jika saiz / kecil.
/usr
Filesystem utama yang menyimpan aplikasi sistem yang selalunya didatangkan bersama CD-ROM Linux anda.
Saiz dicadangkan adalah 800MB ke atas. Sekiranya filesystem /usr/local dibina bersama /usr adalah lebih selamat untuk menyediakan saiz sebanyak 1.5GB keatas.
/usr/local
Filesystem untuk menyimpan aplikasi pengguna yang bukan dari CD-ROM Linux (download dari internet misalnya).
Sekiranya anda adalah heavy-user, sediakan partition ini dengan 2GB ke atas.
/opt (bagi sesetengah pengedaran sahaja)
Kegunaannya sama seperti /usr/local
/var
Filesystem yang menyimpan fail log, e-mel dan database.
Sekiranya anda inigin membina pelayan e-mel dan/atau database, pastikan anda menyediakan saiz yang mencukupi (500MB ke atas). Bagi kegunaan biasa, anda boleh menyediakan saiz antara 200MB.
swap space
Anda perlu menyediakan satu partition khusus sebagai virtual RAM. Partition ini dikenali sebagai swap partition. Saiznya bergantung kepada jumlah memori yang dipasang. Sekiranya anda mempunyai 16MB, saiz swap partition yang ideal ialah 2 kali ganda RAM iaitu minimum 32MB. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai 32MB ke atas, anda bolehlah menyediakan 50MB-64MB swap. Anda boleh juga membiarkan sistem tanpa swap partition, iaitu dengan menggunakan swap file. Tetapi, kaedah ini hanya sesuai untuk pakar sahaja. Tambahan pula, prestasi sistem akan menurun dengan penggunaan swap file.

2.4 Strategi partition

Bagi mereka yang baru mencuba Linux mereka mungkin memilih untuk menyediakan 2 partition sahaja iaitu 1 partition root dan satu partition swap kerana senang diurus. Walaubagaimanapun, bagi sytem administrator yang mahir, mereka memilih untuk membuat beberapa partition untuk Linux. Kenapa? Antara sebab yang utama ialah keselamatan data dan fleksibiliti. Sekiranya satu partition atau harddisk rosak/corrupt, filesystem pada partition/harddisk lain masih boleh digunakan.

2.3 Konsep Filesystem Linux

Tidak seperti MS-Windows, Linux mempunyai hirarki failnya sendiri. Hirarki ini disebut Linux FSSTND (Linux FileSystem StanDard). Hirarki paling atas dikenali sebagai filesystem root iaitu /. Semua filesystem lain perlu dilakukan mount pada filesystem / sebelum boleh dicapai oleh pengguna. Contoh hirarki Linux FSSTND adalah seperti rajah dibawahSekiranya anda mempunyai 2 partition, anda boleh jadikan /dev/hda1 sebagai / dan /dev/hda2 sebagai /usr. Sama juga jika anda mempunyai 2 atau lebih harddisk, anda hanya perlu mount harddisk tersebut pada filesystem yang boleh dicapai oleh pengguna dan ia akan dapat digunakan sama seperti mengakses direktori lain.

2.1 Pemasangan Linux Seimbas Lalu

1) Partition Harddisk
Sekiranya anda telah mempunyai sistem operasi yang lain, anda perlulah membuat partition semula harddisk anda. Ini akan dibincangkan dalam seksyen 2.5
2)Boot medium pemasangan Linux
Anda perlulah memilih medium pemasangan yang sesuai. Untuk kebanyakan pengedaran Linux terbaru, anda bolehlah boot dari CD-ROM. Selain itu ada juga yang memerlukan boot dari disket.
3)Bina partition Linux
Selepas membuat partition semula, anda perlulah membina sekurang-kurangnya satu partition Linux dan satu partition swap. Ini akan dibincangkan dalam penggunaan fdisk nanti.
4)Bina filesystem dan swap space.
Anda perlulah membina filesystem Linux seperti ext2, ext3 atau reiserfs pada partition yang telah dibuat. Ini diterangkan pada seksyen 2.6.4 dan 2.6.5
5)Install perisian pada filesystem yang dibina
Akhir sekali, anda perlulah memasang perisian Linux pada harddisk anda. Perbincangan mengenai pemasangan perisian ada pada seksyen 2.6.6. Sebarang masalah yang timbul juga akan dibincangkan pada seksyen 2.7

Kebanyakan pengedar-pengedar Linux terkemuka menyediakan arahan langkah demi langkah, dan kebanyakannya secara GUI graphical. Oleh itu, sepatutnya tiada masalah semasa pemasangan sistem sekiranya anda telah faham serba sedikit tentang Linux.

2.0 Memilih dan Memasang Linux

Seperti yang anda ketahui, tiada satu pun pengedaran 'rasmi' Linux. Akan tetapi, pengedarannya (distribution) terbahagi kepada 4 pakej format utama:

Tar Gzip Package
Fail ini sebenarnya adalah modifikasi fail mampat biasa bagi UNIX. Fail ini mempunyai sambungan .tgz. Digunakan oleh pengedaran Slackware Linux iaitu antara pengedaran Linux yang terawal diwujudkan.
Debian Package
Fail ini adalah fail mampat yang diguna untuk pengedaran Debian/GNU Linux. Fail ini mempunyai sambungan .deb. Format ini digunakan oleh edaran seperti Debian & Ubuntu.
Red Hat Package Manager
Fail ini adalah fail mampat untuk Red Hat Package Manager. Fail ini mempunyai sambungan.rpm. Dibangunkan oleh Red Hat, format ini sudah menjadi 'de facto standard' untuk Linux. Banyak pengedar-pengedar yang menggunakan format ini, antaranya ialah Red Hat, Mandrake, Caldera Open Linux dan SuSE.
Lain-Lain
Untuk selainnya banyak menggunakan proses automasi kod aturacara itu sendiri seperti Gentoo. Bagi "Linux From Scratch", tiada automasi disediakan dan boleh dikategorikan sebagai tiada sistem pengurusan "package" atau perisian. Sistem ini biasanya digunakan hanya oleh orang yang pakar sahaja.

1.2 Ciri-ciri Linux

  • Linux adalah sebuah sistem operasi multitasking, multi-pengguna dan multithreaded. Ini bermakna pengguna boleh menjalankan beberapa program dalam satu masa dan beberapa orang pengguna boleh menjalankan perisian mereka serentak pada satu sistem (Contohnya komputer pelayan).
  • Linux adalah serasi dengan UNIX termasukalah IEEE POSIX 1, System V dan BSD. Selain itu, Linux menyediakan POSIX job control (digunakan dalam shell), pseudoterminals (/dev/pty) dan virtual consoles.
  • Tidak seperti MS-Windows 9x yang hanya berfungsi pada platform 80386 dan ke atas, Linux juga boleh digunakan pada platform Motorola 68000, DEC Alpha, ARM, Sun SPARC, MIPS, Apple PowerPC, Intel Merced dan banyak lagi yang akan dan sedang diusahakan. Ini juga bermakna Linux boleh wujud bersama kebanyakan sistem operasi lain seperti Digital HP-UX, Sun Solaris, IRIX, IBM AIX, BSD dan MS-Windows.
  • Linux menyokong pemprosesan selari seperti SMP, CC-NUMA dan clustering. Bagi Intel SMP, Linux (kernel 2.2) menyokong sehingga 16 pemproses berbanding MS-Windows 9x yang hanya dapat menggunakan satu pemproses sahaja.
  • Linux is free (free bukan bermaksud percuma tetapi bebas). Ini kerana anda boleh mengubahsuai kod sumber (source code) mengikut kehendak anda sendiri.
  • Linux boleh menyokong pelbagai filesystem seperti FAT16, FAT32, ext2, ext3, Minix 1, Xenix, ISO 9660 dan banyak lagi. Filesystem asal Linux adalah ext2 tetapi sekarang anda boleh membuat pilihan untuk menggunakan filesystem lain yang terbaru seperti reiserfs, SGI XFS,IBM JFS ataupun ext3. Filesystem ini mampu recover dari bad shutdown dalam masa yang sangat singkat ( 0-7 saat untuk 6 GB bagi reiserfs). (Filesystem FAT memerlukan masa yang agak lama untuk SCANDISK cakera keras 6 GB)

1.0 PENGENALAN KEPADA LINUX

1.1 Sejarah Ringkas Linux

UNIX merupakan sebuah sistem operasi (OS) yang popular di dunia kerana mampu menyokong sistem yang besar seperti kerangka utama (mainframe), pelayan, stesen kerja dsb. Asalnya, UNIX dibina untuk sistem multitasking bagi minikomputer dan mainframe pada pertengahan tahun 1970-an, tetapi telah berkembang ke seluruh dunia.
OS ialah perisian yang mengawal pelaksanaan program lain dan menguruskan resource komputer. Fungsi ini termasuklah pengurusan memori dan process schedulling.
Versi UNIX wujud untuk pelbagai sistem iaitu dari minikomputer sehinggalah kepada superkomputer seperti CRAY Y-MP. Kebanyakan versi UNIX adalah mahal, contohnya versi UNIX AT&T untuk 80386 adalah berharga US$1500. Untuk mengatasi masalah ini, golongan bijak pandaI komputer (hackers) telah mengambil inisiatif untuk membina sistem UNIX yang murah.Hasilnya keluarlah project Minix, FreeBSD, Linux dan Hurd. Linux adalah versi UNIX percuma yang dibina oleh Linus Torvalds semasa menuntut di universiti of Helsinki di Finland. Versi ini diinspirasikan dari Minix (mini UNIX) iaitu sebuah system UNIX mini yang dibina oleh Andy Tanenbaum.